Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2018-03-05 10:45:20 CRI Cetak

Ketiga, mempergiat pembaharuan dalam bidang-bidang utama. Meningkatkan pembaharuan mencapai kemajuan baharu, kian membebaskan dan mengembangkan produktiviti masyarakat, bersempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Memangkin pembaharuan aset negara dan perusahaan milik negara. Melaksanakan sistem melaporkan keadaan pengurusan aset negara kepada Jawatankuasa Tetap NPC.

Menyokong pembangunan perusasahaan swasta.

Menyempurnakan sistem hak harta dan mekanisme pengagihan factor di pasaran.

Mengintensifkan pembaharuan sistem monetari dan percukaian.

Mempercepat pembaharuan sistem kewangan.

Menggalakkan pembaharuan sistem masyarakat.

Melengkapkan sistem tamadun ekologi.

Keempat, menjayakan usaha dalam tiga sektor.

Mendorong usaha pencegahan risiko dalam beberapa sektor mencapai kemajuan ketara.

Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan bersasaran. Membantu lebih 10 juta penduduk di kawasan luar bandar keluar daripada cengkaman kemiskinan, di samping menyelesaikan kerja pemindahan bagi 2.8 juta orang miskin pada tahun ini.

Mendorong usaha pencegahan dan pengurusan pencemaran terus mencapai kemajuan baharu.

Kelima, memperkasakan pelaksanaan strategi pembangunan kawasan luar bandar. Menyusun pelan pembangunan secara saintifik, melengkapkan mekanisme pembangunan bersepadu bandar dan kawasan luar bandar, menguatkan pemacu pembangunan kawasan luar bandar bersandarkan pembaharuan dan inovasi.

Memangkin pembaharuan sektor pembekal di kawasan luar bandar.

Mempergiat pembaharuan di kawasan luar bandar secara menyeluruh. Melaksanakan dasar melanjutkan kontrak tanah selama 30 tahun lagi apabila kontrak berkenaan tamat tempoh.

Mendorong pelbagai usaha dilaksanakan secara menyeluruh di kawasan luar bandar. Membaiki kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan tenaga, dan maklumat. Membina jalan sepanjang 200 ribu kilometer di kawasan luar bandar.

Keenam, memperkasakan pelaksanaan strategi pembangunan pelbagai kawasan secara seimbang. Menyempurnakan dasar pembangunan pelbagai kawasan, mewujudkan perkhidmatan awam yang sama rata di pelbagai kawasan, mengurangkan jurang perbezaan tahap pembangunan di bandar dan kawasan luar bandar. Menerokai kelebihan dan potensi pelbagai kawasan secara maksimum.

Membentuk pola pembangunan pelbagai kawasan yang baharu. Menggalakkan pembangunan bersama di Beijing-Tianjin-Hebei bagi memindahkan fungsi bukan ibu kota dari bandar raya Beijing. Merancang dan membina kawasan baharu Xiong'an mengikut standard tinggi. Mendorong pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze dengan mengutamakan perlindungan ekologi alam sekitar dan pembangunan hijau.

Meningkatkan kualiti urbanisasi model baharu. Membantu 13 juta petani menetap di bandar, dan mempercepat langkah membantu petani migran beralih menjadi penduduk bandar. Mengutamakan pembangunan pengangkutan awam, melengkapkan kemudahan perkhidmatan kepada rakyat seperti pasar sayur, parkiran dan lain-lain.


1  2  3  4  5  6  
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China