Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2018-03-05 10:45:20 CRI Cetak

BAHAGIAN III: CADANGAN KEPADA KERJA KERAJAAN 2018

Pertama, mengintensifkan pembaharuan struktur pihak pembekalan. Usaha membangunkan ekonomi sebenar lebih diutamakan dalam pembangunan ekonom, giat mengurangkan prosesur pentadbiran, mengurangkan cukai dan bayaran pentabdiran, terus membaiki suasana perniagaan, terus merangsang kedinamikan pasaran, meningkatkan kualiti pembangunan ekonomi.

Mengembangkan dan memperhebat pemacu pembangunan baharu. Membangunkan dan menguatkan kelompok industri baharu secara besar-besaran, memperhebat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) generasi baharu. Berusaha membaiki dan menaiktaraf perindustrian konvensional. Berusaha meningkatkan kelajuan internet di samping mengurangkan kosnya demi menyumbang kepada pembinaan digital China.

Mempercepat pembinaan negara pembuatan yang kuat. Menggalakkan pembangunan industri yang melibatkan sirkuit tersepadu, telekomunikasi mudah alih generasi kelima (5G), enjin pesawat, automobil tenaga alternatif, dan bahan baharu, melaksanakan projek khas yang melibatkan kelengkapan yang penting. Melancarkan kempen meningkatkan kualiti dengan menyeluruh, menggalakkan pembuatan China mencapai tahap antarabangsa dan piawaian pembuatan China selaras dengan piawaian antarabangsa, menyerlahkan semangat artisan, menjalankan revolusi kualiti dalam pembuatan China.

Terus membasmi pembekalan yang tidak berkesan. Pada tahun ini, China akan mengurangkan lagi kapasiti pengeluaran sejumlah 30 juta tan dalam industri besi dan keluli, dan sejumlah kira-kira 150 juta tan dalam industri arang batu, menutup loji janakuasa yang menggunakan arang batu yang berkapasiti 30 juta kilowatt ke bawah yang tidak mencapai piawaian berkenaan.

Terus meringankan beban cukai syarikat, terutamanya kadar cukai bagi sektor pembuatan dan pengangkutan. Mengurangkan lagi cukai syarikat dan individu sebanyak lebih 800 bilion yuan, menggalakan transformasi dan penaiktarafan ekonomi sebenar, berusaha merangsang kedinamikan pasaran dan daya inovasi masyarakat.

Terus meringankan beban bukan bersifat cukai bagi syarikat. Terus mengurangkan pembayaran urusan pentadbiran, menurun kadar pemungutan tabung urusan kerajaan. Beban bukan bersifat cukai bagi tonggak pasaran akan dikurangkan sejumlah lebih 300 bilion yuan sepanjang tahun ini supaya membolehkan syarikat-syarikat dapat menumpukan perhatian pada pembangunan dengan tidak dibebani kos yang keterlaluan.

Kedua, mempercepat pembangunan negara yang berorientasikan inovasi. Mengetahui trend revolusi sains dan teknologi dan inovasi perindustrian sejagat pusingan baharu, mempergiat pelaksanaan strategi pembangunan pacuan inovasi, meningkatkan daya inovatif dan daya saing sektor ekonomi.

Peruntukan sains dan teknologi negara harus dikaitkan semakin rapat dengan bidang kesejahteraan rakyat, dan pengawalan jerebu serta pengubatan penyakit besar seperti kanser harus diberi keutamaan, supaya rakyat boleh mendapat manfaat sebenar daripada kemajuan sains dan teknologi.


1  2  3  4  5  6  
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China