Cari:
Kesalinghubungan China-ASEAN Dipacu
2013-09-10 12:19:19 CRI Cetak

Dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-10 yang diadakan di Nanning minggu lalu, kesalinghubungan antara China dengan ASEAN telah menjadi tumpuan para peserta. Untuk memenuhi permintaan pengangkutan yang semakin tinggi seiring dengan perkembangan kerjasama China-ASEAN, kedua-dua pihak berusaha membangunkan laluan pengangkutan yang komprehensif di darat, laut dan udara pada beberapa tahun ini. Dengan penggalakkan kesalinghubungan tersebut, seramai 1.9 bilion penduduk di rantau ini dapat menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih cepat dan selesa.

Kini, kereta api penumpang T8701 yang beroperasi antara Nanning China dengan Hanoi Vietnam memakan masa semalaman untuk sampai ke destinasinya. Ini menjadi laluan yang paling murah dan mudah bagi penumpang yang berulang-alik antara China dengan ASEAN. Tambahan pula, projek landasan kereta api Pan-Asia sedang berjalan dengan lancar.

Di samping itu, lebuh raya Kunming-Bangkok yang menyambungkan bahagian barat daya China dengan Laos dan Thailand pula menjamin buah-buahan yang segar dari Thailand dapat dihantar ke Kunming dalam tempoh sehari sahaja. Pada masa yang sama, pelbagai destinasi pelancongan yang terkenal di sepanjang lebuh raya ini juga menarik kedatangan beberapa juta pelancong setahun.

Bagi para pelancong yang mementingkan bajet, penerbangan AirAsia yang tambangnya cukup murah telah menjadi pilihan utama. Setakat tahun 2012, AirAsia telah menambah laluan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Xi'an, Kunming, Shanghai, Nanning, Guilin dan Wuhan. Disebabkan bilangan penumpang yang memuaskan dan potensinya yang cerah, AirAsia merancang menambah kekerapan penerbangan dan membuka penerbangan ke destinasi yang baharu di China. Menurut statistik, lebih 15 juta pelancong saling melawat antara China dengan ASEAN pada tahun lalu, dengan lebih seribu penerbangan beroperasi setiap minggu antara dua destinasi tersebut.

Pengangkutan laut antara kedua-dua pihak juga berkembang mantap. Kapal pesiaran dari Beihai, Guangxi ke Vietnam telah menarik kira-kira 500 ribu pelancong dalam tempoh 14 tahun yang lalu. Pelayaran dari Fangchenggang, Guangxi ke Teluk Ha Long Vietnam pula mendapat sambutan hangat.

Pengangkutan yang semakin mudah dan cepat antara China dengan ASEAN juga merupakan hasil tumpuan kerajaan kedua-dua pihak. Mekanisme Mesyuarat Menteri Pengangkutan China-ASEAN yang dibentuk pada tahun 2002 telah menggalakkan siri kerjasama yang pragmatik lagi mendalam dalam bidang ini.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin berkata, dengan usaha bersama kedua-dua pihak, China dan ASEAN telah menetapkan rancangan strategik kerjasama pengangkutan bagi menyediakan panduan kepada kerjasama kedua-dua pihak. China menubuhkan Tabung Kerjasama Pelaburan China-ASEAN yang berskala USD 10 bilion dan menyediakan pinjaman sejumlah USD 25 bilion kepada negara-negara ASEAN untuk menyokong program kerjasama infrastruktur kedua-dua pihak.

Lihat juga
berita lain
v Pembangunan China Bawa Faedah kepada ASEAN 2013-09-09 13:28:02
v Malaysia Catat RM158.24 Juta Pada CAEXPO 2013 2013-09-09 11:03:30
v CAEXPO, CABIS Berakhir 2013-09-07 15:57:19
v Penaikan Taraf CAFTA Galak Pembangunan Bersama 2013-09-05 13:44:18
v "Dekad Intan" Impian Bersama China-ASEAN 2013-09-04 15:57:23
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China