Bermula pukul 9 pagi semalam, penunjuk perasaan antikerajaan Thailand yang berkumpul di Monumen Domokrasi Bangkok bergerak menuju tujuh persimpangan jalan komersial penting di pusat bandar Bangkok di bawah pimpinan Suthep Thuagsuban. Mereka kemudiannya mengepung jabatan kerajaan dan kediaman menteri-menteri serta memutuskan bekalan air dan elektrik di tempat-tempat tersebut. Menurut pihak antikerajaan, bantahan "Melumpuhkan Bangkok" akan diteruskan selama 20 hari hingga tarikh pilihan raya yang dijadualkan pada 2 Februari.
Berdepan tekanan yang besar, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan timbalannya mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai menunda pilihan raya Dewan Perwakilan. Beliau pula mengundang pelbagai pihak yang menyokong dan menentang pilihan raya tersebut untuk berbincang bersama pelbagai parti politik dan kerajaan sementara pada esok hari. Bagaimanapun, undangan tersebut telah ditolak oleh Suthep.
Kira-kira 20 ribu anggota polis telah ditempatkan di Bangkok bagi menghadapi bantahan "Melumpuhkan Bangkok". Yingluck menyatakan, jika perlu, kerajaan akan mengumumkan keadaan darurat. Ini bermakna pihak tentara yang sebelum ini mengekalkan sikap berkecuali akan mencampur tangan. Panglima Angkatan Tentera Darat Thailand, Jeneral Prayuth Chan-Ocha menyatakan pada 11 Januari lalu bahawa pihak tentera hanya akan bertugas untuk memelihara kedamaian dan ketertiban di Bangkok, dan tidak akan melancarkan rampasan kuasa.
Kumpulan "Baju Merah" yang menyokong kerajaan pula merancang mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok semalam untuk menjamin ibu negara dalam keadaan normal. Bagaimanapun, akhirnya pihaknya memilih mengelakkan konflik langsung dengan kumpulan antikerajaan.
Apakah tunjuk perasaan akan mencetuskan konflik dan mengakibatkan kegemparan di arena politik negara itu telah menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat. Tinjauan pendapat yang diumumkan pada 12 Januari lalu mendapati kebanyakan penduduk berasa bimbang terhadap tindakan "melumpuhkan Bangkok".
Pakar ekonomi Thailand menyatakan, situasi di Thailand telah menjejaskan keyakinan para pengguna dan pelabur terhadap negara itu dan ini akan membawa pengaruh kepada pelbagai bidang, terutamanya bidang perkhidmatan seperti hotel, pengangkutan dan pelancongan.
Para penganalisis berpendapat, krisis terkini di Thailand merupakan ledakan konfrontasi antara golongan elit di Bangkok dengan penyokong Thaksin Shinawatra di desa yang telah berlarutan selama sepuluh tahun. Ini meletakkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dalam keadaan serba salah. Dari satu segi, partinya menduduki majoriti di Kongres dan mendapat sokongan kukuh dari kalangan rakyat, bagaimanapun, menghadapi tekanan dari sesetengah pihak termasuk tentera dan mahkamah, kerajaannya menghadapi kemungkinan digulingkan. Bagaimana berkembangan situasi di negara itu? Apa keputusan krisis pada masa ini? Nampaknya tiada orang dapat memberikan jawapan yang jelas.