Penyelarasan antara China dengan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 lancar. Vietnam tetap memberikan maklum balas dengan segera terhadap semua permohonan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Jawatankuasa SAR Negara Vietnam, Vo The Chien semalam.
Beliau berkata, pihaknya juga telah meluluskan permohonan China untuk menghantar kapal dan pesawat dalam misi SAR di perairan Vietnam.
Tambah beliau, Vietnam telah menerima permohonan Malaysia bagi membantu usaha mencari pesawat yang hilang di perairan milik negara itu.