Guo Shaochun menyatakan, pakar penerbangan awam yang dihantar kerajaan China telah tiba di Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berkenaan.
Pada hari yang sama, Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim China mengadakan mesyuarat tergempar yang meminta kapal yang menyertai operasi SAR menyelesaikan kerja logistik dengan segera. Pakar yang dihantar ke Malaysia pula digesa berusaha mendapatkan maklumat daripada Malaysia.
Dalam sidang media semalam, Ketua Polis Negara Malaysia, Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa pihaknya telah meningkatkan siasatan terhadap anak kapal dan penumpang pesawat MH370 terutamanya dua juruterbang.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media itu menyatakan bahawa terdapat kemungkinan pesawat itu telah mendarat ketika memancarkan isyarat kepada satelit.