Cari:
Malaysia Cegah Penularan Virus Zika
2016-02-05 16:33:04 CRI Cetak

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam baru-baru ini mengumumkan bahawa tiada kes Zika dilaporkan di Malaysia setakat ini.

Bagaimanapun, virus tersebut menular dengan cepat di beberapa negara, khususnya di Amerika.

Terdapat 26 buah negara telah melaporkan kes Zika buat masa ini.

Susulan penularan virus Zika, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus itu sebagai kejadian kecemasan kesihatan awam.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia agar tidak mengunjungi 26 buah negara yang dilanda virus tersebut.

Setakat ini, WHO tidak menghalang sebarang lawatan ke 26 buah negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China