Cari:
Latihan Tentera Bersama China-Thailand
2016-02-22 12:58:11 CRI Cetak

Armada pengiring kumpulan ke-21 China yang terdiri daripada tiga kapal, iaitu Liuzhou, Sanya dan Qinghaihu semalam berlepas dari Pelabuhan Laem Chabang setelah mengakhiri lawatan selama lima hari di Thailand dan latihan bersama dengan angkatan laut negara itu.

Pada pukul 9.00 pagi, wakil angkatan laut Thailand, pegawai Kedutaan Besar China di Thailand, wakil institusi China, pelajar dan masyarakat Cina tempatan berkumpul di pelabuhan itu untuk mengucapkan selamat jalan kepada armada tersebut.

Komander armada, Yu Manjiang berkata, lawatan muhibah dan latihan ketenteraan bersama ini membantu meningkatkan interaksi, kerjasama dan kesalingpercayaan antara angkatan laut kedua-dua negara.

Selepas Thailand, armada pengiring kumpulan ke-21 China akan mengunjungi Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China