Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 2 peratus pada tahun lalu, pertumbuhan paling lemah sejak tahun 2009.
Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI), prestasi itu menyaksikan penurunan ketara berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya.
Menurut MTI, pertumbuhan itu dipacu oleh sektor dagangan borong serta kewangan dan insurans, namun permintaan luar agak lemah, manakala industri pembuatan kekal suram.
MTI mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura antara 1 peratus hingga 3 peratus pada tahun ini.