Cari:
Wang Yi Ditemui Rakan Sejawatnya dari Thailand
2016-03-23 16:43:58 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui rakan sejawatnya dari Thailand, Don Pramudwinai di Sanya, provinsi Hainan malam tadi.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat demi mendorong pelaksanaan Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Sungai Lancang-Mekong yang pertama itu.

Wang berkata, pihaknya bersedia untuk bersama-sama dengan Thailand dan negara-negara lain demi memastikan kejayaan mesyuarat kali ini.

Usaha tersebut akan menjadikan mekanisme kerjasama Sungai Lancang-Mekong sebagai model bagi Kerjasama Selatan-Selatan serta menjadi contoh yang baik kepada negara-negara jiran.

Don Pramudwinai pula mengucapkan terima kasih atas usaha China menggalakkan kerjasama Sungai Lancang-Mekong. Pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan mesyuarat kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China