Cari:
Tun Abdullah: Kedinamikan Asia Perlu Difikirkan Secara Komprehensif
2016-03-24 14:02:01 CRI Cetak

Rencana mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghadiri Forum Asia Boao (BFA) 2016 baru-baru ini telah tersiar dalam akhbar Renminribao China.

Menurut beliau, kedinamikan dan momentum ekonomi Asia pada masa akan datang perlu difikirkan secara komprehensif.

Terdapat bukti yang menunjukkan pembangunan di Asia tidak seimbang.

Isu kemasyarakatan, sumber tenaga dan ekologi perlu difikirkan bersama-sama dalam rangka pembangunan Asia demi mewujudkan pertumbuhan yang berdaya tahan dan mampan.

Tambah beliau lagi, tiada negara mampu mendominasi keseluruhan sistem ekonomi dan sistem ekonomi tersebut perlu adil dan bebas.

Matlamat kerjasama di rantau Asia bukan sahaja melibatkan negara-negara Asia, malah merangkumi perkongsian ekonomi seluruh dunia.

Infrastruktur menjadi rintangan bagi perdagangan serantau dan integrasi ekonomi dalam jangka masa yang panjang.

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (B&R) anjuran China mendapat sambutan yang menggalakkan di rantau Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China