Bekas Menteri Kehakiman Filipina, Estelito Mendoza ketika diwawancara China News Service (CNS) menyatakan, Filipina perlu mengadakan rundingan bilateral secara langsung dengan China untuk menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara.
Menurut Estelito, persefahaman lebih baik berbanding dengan perbicaraan di tribunal. Persefahaman yang dicapai melalui rundingan patut dijadikan matlamat dalam menangani hubungan antarabangsa kerana kaedah itu barulah mampu mewujudkan kedamaian dunia. Filipina dan China perlu terus mengadakan lebih banyak rundingan sehinga menyelesaikan pertikaian. Tambahnya, rundingan itu perlu diadakan antara Filipina dengan China tanpa campur tangan dari negara lain.