Cari:
China Harap Isu Laut China Selatan Diselesaikan Melalui Dialog
2016-07-28 13:54:58 CRI Cetak

Atase tentera China ke Filipina, Wang Xianyun dalam majlis jamuan sempena ulang tahun ke-89 tertubuhnya Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) malam tadi menegaskan semula bahawa pihaknya berharap isu Laut China Selatan dapat diselesaikan melalui dialog.

Menurut beliau, China komited untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta menyelesaikan pertikaian kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim secara damai.

Beliau yakin China dan negara-negara ASEAN mampu menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan melalui kerjasama. Negara-negara dari luar rantau patut memainkan peranan yang konstruktif dalam usaha tersebut.

China dan Filipina mempunyai hubungan persahabatan selama lebih seribu tahun. Pasukan tentera kedua-dua negara diharap dapat menggerakkan kerjasama dalam bidang bantuan bencana dan antikeganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China