Cari:
Chiang Mai Harap Tarik Lebih Ramai Pelancong China
2016-07-30 15:41:48 CRI Cetak

Kerajaan dan wakil sektor pelancongan Chiang Mai, Thailand semalam mengadakan taklimat media tentang persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong dari China dan negara-negara lain. Mereka menolak laporan media yang mengatakan pelancong China tidak lagi berminat untuk melawat ke Chiang Mai, di samping menyuarakan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong dari China.

Menurut peraturan lalu lintas baharu yang mula dikuatkuasakan di Thailand baru-baru ini, kenderaan asing perlu mengemukakan permohonan 10 hari sebelum masuk wilayah Thailand.

Selain itu, kenderaan asing yang digunakan oleh pelancong hanya boleh dipandu di wilayah yang didaftar sahaja, selain dituntut memohon lesen memandu dan mendaftar nombor kenderaan sementara serta membeli insurans yang berkaitan.

Peraturan baharu itu dilaporkan telah menjejaskan sektor pelancongan tempatan.

Dalam pada itu, Persatuan Agensi Pelancongan Chiang Mai menyeru agar pihak berkuasa pengangkutan meneliti semula peraturan tersebut dan mengambil tindakan untuk menjana sektor pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China