Cari:
China-Thailand Bekerjasama Basmi Dadah
2016-04-21 15:06:16 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Jawatankuasa Antidadah Negara serta Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun telah menemui Menteri Kehakiman Thailand, Paiboon di New York ketika menghadiri Perhimpunan Agung Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah (UNGASS) 2016 yang diadakan di ibu pejabat PBB semalam.

Guo berkata, persahabatan rakyat kedua-dua negara agak rapat seperti "saudara".

Pihaknya bersedia untuk memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang serta menjalinkan hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan Thailand.

Selain itu, kerjasama antara China dengan Thailand dalam penguatkuasaan undang-undang keselamatan telah mencapai kejayaan.

Kerjasama kedua-dua negara dalam kempen antidadah menjadi contoh di subkawasan Sungai Mekong.

Paiboon pula menyanjung tinggi usaha China dalam pembanterasan najis dadah serta memelihara keselamatan dan kestabilan serantau.

Beliau berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang-bidang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China