Cari:
Pelancong China, Penyumbang Terbesar Sektor Pelancongan Thailand
2016-06-16 15:02:21 CRI Cetak

Menurut statistik Jabatan Pelancongan Thailand, jumlah pelancong asing dan jumlah pendapatan daripada sektor pelancongan di negara itu meningkat dengan pesat pada setengah tahun pertama tahun ini.

Pelancong China merupakan penyumbang terbesar bagi pertumbuhan tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Sasiprapha mendedahkan jumlah kemasukan pelancong asing pada setengah tahun pertama tahun ini meningkat 13 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat kira-kira 16.67 juta orang.

China menjadi pasaran terbesar bagi sektor pelancongan Thailand.

Pada Januari hingga April lalu, jumlah pelancong China melawat ke Thailand meningkat 27 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat kira-kira 3.44 juta orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China