Cari:
Fidel Ramos Bakal Lawat China
2016-08-08 15:21:12 CRI Cetak

Menurut Agensi Berita Filipina, mantan Presiden, Fidel Ramos hari ini berlepas ke Beijing untuk menjernihkan semula hubungan kedua-dua negara yang bergolak ekoran kes timbang tara Laut China Selatan yang dikemukakan secara sepihak oleh Filipina.

Ramos, 88 tahun, menyandang jawatan sebagai Presiden Filipina pada tahun 1992 hingga 1998.

Setelah meletakkan jawatan, beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan China.

Beliau telah dilantik sebagai utusan khas presiden pada 23 Julai yang lalu.

China mengalu-alukan kedatangan Ramos.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menyatakan bahawa pihaknya tetap bertegas untuk menangani masalah tersebut melalui dialog bilateral dan China masih membuka pintu untuk sebarang rundingan dengan Filipina.

Namun, Beijing tidak akan mengiktiraf dan menerima sebarang pendapat dan tindakan yang berasaskan keputusan timbang tara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China