Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang melemparkan kata-kata makian terhadap duta besar Amerika Syarikat (AS), Philip Goldberg, menolak untuk membuat permohonan maaf.
Duterte berkata, Goldberg yang mengeluarkan komen tidak senonoh semasa kempen pilihan raya Filipina pada April lalu, patut memohon maaf kepada beliau.
Kedutaan Besar AS di Filipina dalam kenyataan semalam, membidas kritikan Duterte terhadap Goldberg sebagai "tidak wajar dan tidak boleh diterima".