Cari:
Latihan Bantuan Bencana dan Perubatan Ketenteraan ADMM
2016-09-06 15:34:31 CRI Cetak

Latihan ketenteraan bersama bantuan kemanusiaan, bencana dan perubatan anjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM Plus) ke-2 telah diadakan di Bangkok, Chon Buri dan kawasan perairan di sekitarnya pagi semalam.

Lebih 1,200 tentera serta sejumlah kapal dan pesawat dari 18 buah negara termasuk China, Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara ASEAN menyertai latihan kali ini.

Latihan tersebut dijalankan seolah-olah negara ASEAN sedang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami.

Pelbagai negara telah bekerjasama untuk menyediakan bantuan kemanusiaan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan ketika berucap dalam majlis perasmian berkata, latihan kali ini akan menjadi peristiwa penting dalam rangka kerja ADMM.

Pasukan tentera dari pelbagai negara akan berkongsi pengalaman menjalankan bantuan kemanusiaan dan bencana dalam bidang perubatan dan ketenteran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China