Cari:
Konvoi Jelajah Persahabatan Kebudayaan dan Pelancongan China-Thai
2016-09-11 16:59:59 CRI Cetak

Konvoi Jelajah Persahabatan Kebudayaan dan Pelancongan China-Thailand 2016 memulakan jelajah ke Thailand sebaik sahaja mengakhiri misi mereka di China.

Jabatan Pelancongan Thai dan kerajaan Chiang Rai mengadakan jamuan untuk menyambut kedatangan konvoi tersebut pada malam tadi.

Atase Kebudayaan China ke Thai, Chen Jiang ketika berucap dalam jamuan itu berkata, jelajah konvoi kali ini menjadi projek pertukaran kebudayaan dan pelancongan bilateral anjuran bersama Kementerian Kebudayaan China dan Jabatan Pelancongan Thai. Selain memperkasakan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, aktiviti kali ini dilihat akan membantu meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara. Beliau yakin para peserta akan kagum dengan budaya yang unik di Thai sepanjang jelajah nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China