Cari:
Tingkatkan Kecekapan Logistik China-ASEAN
2016-10-10 16:08:46 CRI Cetak

Sesi temuramah perdagangan kali ke-2 yang diadakan sempena berlangsungnya Rali Antarabangsa yang bertemakan "Jalur dan Laluan (B&R), Yunnan yang Berwarna-warni" diadakan di Bangkok, Thailand pada 8 Oktober lalu.

Lebih 100 usahawan dari China dan Thailand mengadakan perbincangan untuk meningkatkan kerjasama.

Mempercepat kesalinghubungan dan kecekapan logistik antara China dengan negara-negara Asia Tenggara merupakan permintaan bersama kedua-dua pihak.

Pengerusi Persatuan Logistik Thailand, Sunyawit berkata, pertumbuhan ekonomi di beberapa negara di rantau ini berkembang pesat pada ketika ini.

Hubungan perdagangan antara negara-negara tersebut dengan China juga semakin erat.

Beliau berharap agar inisiatif B&R dapat membaiki lebuh raya antara China dengan negara-negara tersebut bagi memajukan industri logistik.

Usahawan dari China, Xia Maodong pula berkata, selain infrastruktur pengangkutan, usaha-usaha untuk menambah baik prosedur kastam juga amat penting bagi sektor logistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China