Upacara perasmian Kempen Antidadah "Laluan Selamat" fasa kedua yang disertai oleh China, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam telah diadakan di Jinghong, provinsi Yunnan China semalam.
Dalam tempoh kempen selama tiga bulan tersebut, para pegawai dari enam negara yang terlibat akan berkongsi maklumat dan mengadakan penyelarasan mengenai operasi bersama pembanterasan penyeludupan dadah.
Selain itu, enam negara berkenaan akan terus melaksanakan mekanisme kerjasama Sungai Lancang-Mekong dan memperkasakan kerjasama penguatkuasaan undang-undang bagi meningkatkan tahap kekuatan negara-negara tersebut untuk membasmi jenayah dadah rentas sempadan di rantau ini.