Cari:
Pakar Indonesia: China Sedia Wujud Kemakmuran dengan ASEAN
2016-09-08 16:36:36 CRI Cetak

Pakar hal ehwal antarabangsa dari Universiti Indonesia, Humprey ketika diwawancara oleh wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) malam tadi berkata, kehadiran Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam Sidang Kemuncak Asia Timur kali ini membuktikan bahawa China telah bersedia untuk mewujudkan kerjasama saling menguntungkan dan berusaha dengan ASEAN demi meraih kemakmuran bersama.

Menurut beliau, ASEAN perlu menjadikan China sebagai rakan seperjuangan yang paling penting.

Sebagai entiti ekonomi terbesar, China amat penting kepada pembangunan ASEAN.

Kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak akan membawa lebih banyak kesenangan dan kebaikan kepada rakyat di rantau ini.

Tambah beliau lagi, ASEAN dan China telah menjalinkan persahabatan yang erat, bagai isi dengan kuku.

Beliau yakin sebarang halangan dan cabaran pasti dapat diatasi melalui dialog dan rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China