Latihan ketenteraan bersama bantuan kemanusiaan, bencana dan perubatan anjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM Plus) ke-2 telah berakhir di Thailand pada 9 September. Komander latihan kali ini, Leftenan Jeneral dari Thailand, Somsak Nilbancherdkul ketika berucap dalam upacara penutupan berkata, pasukan tentera dari pelbagai negara bekerjasama dengan baik dan bertindak pantas, cepat dan berkesan untuk menjalankan pelbagai operasi, sekali gus memperlihatkan keupayaan dan taraf mereka untuk menghadapi cabaran keselamatan bukan konvensional.
Ketua delegasi China, Li Ji berkata, latihan kali ini meningkatkan kepercayaan dan taraf kerjasama antara pasukan tentera China dengan pasukan tentera negara-negara yang berkenaan. Ini meletakkan asas yang baik bagi kerjasama pragmatik antara pihak-pihak yang terlibat dalam bidang bantuan bencana.