Cari:
Dua Rakyat Malaysia Ditahan di Bali Kerana Dadah
2016-10-29 16:06:40 CRI Cetak

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini mengesahkan penangkapan dua rakyat Malaysia di Bali kerana didakwa terbabit dalam pengedaran dadah.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihak berkuasa Indonesia telah memberi maklumat rasmi mengenai penangkapan kedua-dua rakyat Malaysia terbabityang berasal dari Selangor dan Negeri Sembilan.

"Kita mendapat maklumat rasmi yang mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia iaitu seorang pegawai sukan dan seorang penuntut universiti telah ditahan di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali setelah pihak berkuasa Indonesia menemui dadah dalam bagasi milik salah seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama di Jakarta.

Katanya pihak kedutaan telah menghubungi keluarga mereka di Malaysia bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Zahrain berkata mereka kini ditahan di balai Polis Daerah Bali untuk siasatan lanjut dan pihak kedutaan setakat ini masih belum menemui mereka.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali pada 20 Okt lalu setelah didapati membawa lebih 100 biji pelbagai dadah jenis sintetik dan lebih 70 gram ganja.

Ketua Kastam Ngurah Rai, Budi Harjanto berkata, kedua-dua lelaki rakyat Malaysia berumur 36 dan 22 tahun itu memasuki Bali dengan menaiki pesawat dari Kuala Lumpur. Mereka ditahan ketika melalui bahagian pemeriksaan bagasi di lapangan terbang di Bali.

(sumber Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China