Cari:
Pesta Filem China-Kemboja Buka Tirai
2016-12-11 17:15:35 CRI Cetak

Pesta Filem China-Kemboja anjuran bersama Kedutaan Besar China di Kemboja, Radio Persahabatan China-Kemboja (CCFR) CRI, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Kemboja serta Persatuan Belia Kemboja dirasmikan di Phnom Penh hari ini.

Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo ketika merasmikan aktiviti tersebut berkata, China dan Kemboja merupakan jiran baik yang sudah lama menjalin ikatan persahabatan. Lawatan Presiden Xi Jinping ke Kemboja pada Oktober lalu membuahkan hasil yang amat memberangsangkan. Pesta filem ini akan membuka lembaran baharu pertukaran kebudayaan kedua-dua negara.

Ketua Pengarah Pusat Penyiaran Asia Tenggara CRI, An Xiaoyu menyifatkan filem hasil kemajuan kebudayaan sesebuah negara. Beliau yakin, aktiviti tersebut akan menyuburkan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Pemangku Menteri Kebudayaan dan Kesenian Kemboja, H.E. Khim Sarith pula berkata, rakyat Kemboja suka menonton filem China. Filem juga membantu mereka memahami seni budaya China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China