Cari:
Kerjasama Lancang-Mekong Berhasil
2016-12-24 16:05:04 CRI Cetak

Kerjasama Lancang-Mekong membuahkan hasil yang amat memberangsangkan sejak sidang kemuncak pertama mengenainya diadakan dengan jayanya pada Mac lalu.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Ke-2 Kerjasama Sungai Lancang-Mekong di Siem Reap, Kemboja semalam.

Kata beliau, dalam tempoh tidak sampai setahun, enam negara terlibat telah mewujudkan platform dan mekanisme kerja yang lengkap, yang merangkumi mesyuarat pemimpin, mesyuarat menteri luar, mesyuarat pegawai kanan dan sebagainya.

Di samping itu, 10 daripada 45 projek yang disenaraikan dalam program tuaian awal sudah selesai atau sedang dilaksanakan.

Kejayaan ini menunjukkan komitmen negara-negara terlibat untuk mempergiat kerjasama pragmatik di bawah kerangka mekanisme kerjasama Lancang-Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China