Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, pihaknya menyokong Filipina memainkan peranan sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN, di samping memperkasakan pembinaan Komuniti ASEAN serta hubungan China-ASEAN ke tahap baharu.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin berkata, dalam tempoh bertugas sebagai negara pengerusi, Filipina akan terus menghargai imej ASEAN dan komited merealisasikan aspirasi bersama.
Hua berkata, ASEAN tetap penting dalam hubungan luar China dengan negara-negara jiran.
Pihaknya menyokong pembinaan Komuniti ASEAN dan peranan ASEAN yang lebih besar di rantau ini serta di peringkat antarabangsa.