Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) baru-baru ini mengarahkan prosedur permohonan perlindungan diperkemas, sekali gus memudahkan kemasukan pelarian ke negara itu.
Dimaklumkan, perintah itu dikuatkuasakan pada 31 Disember 2016. Dengan adanya perintah itu, lebih 14 ribu pelarian dan pemohon suaka di Indonesia akan mendapat bantuan dari pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Keselamatan Antarabangsa dan Pelucutan Senjata Kementerian Luar Indonesia, Andy Rachmianto berkata, Indonesia menguatkuasakan perintah itu kerana negara itu tidak menganggotai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Kedudukan Pelarian 1951. Oleh itu, Indonesia memerlukan satu dokumen undang-undang bagi menangani isu pelarian.