Cari:
Filipina Minta Bantuan China Bina Prasarana
2017-01-26 14:27:12 CRI Cetak

Menurut akhbar Manila Standard Today, Filipina sedang berusaha untuk meminta bantuan China bagi membina 40 projek prasarana.

Kementerian Kewangan negara itu mengumumkan, Menteri Kewangan, Carlos Dominguez III akan menyerahkan senarai projek-projek tersebut ketika mengadakan lawatan rasmi ke China. Kedua-dua pihak akan membincangkan projek tersebut secara terperinci di Manila bulan hadapan.

Tiga projek daripada 40 projek tersebut memerlukan dana sejumlah USD3.4 bilion. Projek-projek tersebut akan meningkatkan daya produktiviti kaum petani, membaiki keadaan lalu lintas serta menstabilkan bekalan air di Manila. Projek-projek tersebut akan membawa manfaat kepada rakyat di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China