Cari:
Malaysia Usir Duta Besar Korea Utara
2017-03-05 14:21:58 CRI Cetak

Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara semalam mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula pukul 6 petang Sabtu.

Menurut Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, Persona Non Grata diterjemahkan secara kasarnya bermaksud "Orang yang Tidak Dihargai" iaitu seseorang yang telah diisytiharkan sedemikian dilarang masuk atau terus berada di sesebuah negara.

Pengusiran Kang Chol dibuat susulan ketidakhadirannya pada pertemuan dengan pihak Kementerian Luar Negeri serta keengganan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan keputusan untuk memansuhkan dasar bebas visa terhadap warga Korea Utara bermula 6 Mac ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China