Cari:
Wang Yi: Turun Padang Buahkan Hasil dalam Kerjasama Sungai Lancang-Mekong
2017-03-11 14:59:13 CRI Cetak

Sekretariat China tentang Kerjasama Sungai Lancang-Mekong dirasmikan di Kementerian Luar China semalam.

Menteri Luar, Wang Yi ketika merasmikan sekretariat itu berkata, hubungan antara enam negara (China, Vietnam, Laos, Thailand Myanmar dan Kemboja) di kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong boleh disifatkan sebagai "berkongsi nasib". Menurutnya, keenam-enam negara ini bukan sahaja sahabat yang bersemangat kejiranan, malah rakan kerjasama yang menang-menang. Kerjasama Sungai Lancang-Mekong merupakan mekanisme kerjasama subkawasan cara baharu yang dibina menurut keperluan bersama-sama. Mekanisme itu turut menjadi bahagian yang penting bagi kerjasama antara China dengan ASEAN. Keenam-enam negara tersebut perlu membolehkan rakyat masing-masing berkongsi hasil mekanisme kerjasama tersebut.

Dengan usaha bersama-sama, kerjasama di kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong diyakin akan membantu meningkatkan hubungan persahabatan antara enam negara berkenaan ke tahap baharu serta mendorong pembinaan integrasi ASEAN dan Komuniti ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China