Cari:
Duterte: Filipina Sedia Tingkatkan Kerjasama dengan China
2017-03-18 14:45:36 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditemui Naib Perdana Menteri China, Wang Yang di Davao, Filipina semalam.

Duterte berkata, hubungan antara Filipina dengan China semakin rapat. Beliau berpuas hati dengan perkembangan hubungan kedua-dua negara dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan China. Pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dengan China. Selain itu, Filipina tidak mahu berkonfrontasi dengan China dalam isu Laut China Selatan.

Wang Yang pula berkata, lawatan beliau kali ini untuk mempercepat pelaksanaan kata sepakat yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara agar membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau menegaskan, China bersedia menangani isu Laut China Selatan melalui dialog supaya memelihara trend perkembangan baik hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China