Di negeri Royong yang sejauh lebih 100 kilometer dari Bangkok, terdapat Taman Industri Royong Thai-China yang seluas 12 kilometer persegi. Sebanyak 86 syarikat China menubuhkan kilang di taman industri itu. Seiring dengan pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), semakin banyak syarikat China meneroka pasaran di Thai. Urusniaga mereka memberikan manfaat kepada penduduk tempatan.
Naib Menteri Jabatan Perdana Menteri Thailand, Kobsak Pootrakool ketika diwawancara berkata, inisiatif B&R melibatkan Thai. Projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi Thai-China akan dimulakan tahun ini. Thai mengeksport banyak produk ke China, dan juga mengalu-alukan pelaburan syarikat China.