Pesta kebudayaan dan kesenian China-Thailand ke-4 anjuran bersama Pusat Kebudayaan China Bangkok dan Universiti Srinakharinwirot telah diadakan di Bangkok semalam.
Lebih 300 orang, termasuk diplomat China dan pegawai dari universiti tersebut turut menyertai pesta kali ini.
Seniman-seniman dari Rombongan Nyanyian dan Tarian Hebei dan Institut Kesenian Vokasional Hebei telah mempersembahkan pertunjukan tarian, akrobatik dan dendangan muzik yang sungguh menarik.
Pensyarah dan mahasiswa dari Universiti Srinakharinwirot pula mempersembahkan tarian dan alat muzik tradisional untuk pesta kali ini.
Pesta tersebut merupakan siri aktiviti sempena Tahun Kebudayaan Hebei 2017.
Pesta tersebut akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan dan kesenian serta mengeratkan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.