Cari:
Pejabat Perhubungan Kedutaan China di Naypyitaw Dirasmikan
2017-09-09 16:01:48 CRI Cetak

Pejabat perhubungan sementara Kedutaan Besar China di Naypyitaw dirasmikan semalam, disaksikan hampir 100 pegawai kerajaan dan diplomat.

Duta Besar China, Hong Liang berkata penubuhan pejabat itu memperlihatkan betapa China mementingkan hubungan dengan Myanmar, dan akan membantu merapatkan lagi ikatan kerjasama antara kedua-dua negara.

Menteri Luar Myanmar, U Kyaw Tin mengucapkan terima kasih atas sokongan China terhadap Myanmar dalam hal ehwal antarabangsa.

Menurut beliau, China menyediakan banyak bantuan kepada Myanmar untuk mewujudkan kedamaian. Pihaknya akan aktif menyertai pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan mempergiat kerjasama dengan China dalam rangka inisiatif tersebut demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China