Malam Gembira untuk menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) diadakan di China Town, Yangon kelmarin. Kehadiran Menteri Kaunselor China ke Myanmar, Chen Chen dan Datuk Bandar Yangon, U Maung Maung Soe serta wakil pelbagai persatuan persahabatan antara kedua-dua negara menyerikan Malam Gembira kali ini.
Seniman dari kedua-dua negara menghidangkan persembahan tarian, nyanyian, permainan alat muzik dan silap mata yang menarik. Persembahan mereka menarik lebih 10 ribu orang penonton perantau China, orang Cina dan penduduk tempatan. Mereka bersama-sama merasai suasana yang meriah perayaan TBC.