Menurut statistik Myanmar, antara negara-negara yang menyediakan latihan singkat kepada Myanmar, China adalah negara yang paling banyak menyediakan latihan dan kursus kepada pekerja Myanmar.
Pada tahun 2016, lebih 700 rakyat Myanmar telah menerima latihan di China.
Menurut Kedutaan Besar China di Myanmar, lebih 600 rakyat Myanmar menyertai pelbagai bengkel, manakala lebih 100 orang mengikuti latihan kemahiran.
Kursus-kursus tersebut melibatkan bidang kebudayaan, kesihatan, ekonomi, perdagangan, kewangan, pentadbiran, perindustrian, pertanian, perikanan, perhutanan, telekomunikasi, penerbangan, media, kepolisian, undang-undang, perlindungan alam sekitar, bahasa Mandarin, dan sebagainya.