Menurut laman web Kedutaan Besar China di Myanmar, China tidak menghalang penduduk di kawasan sempadan Myanmar memasuki China bagi menyelamatkan diri daripada peperangan.
Sebaliknya, kerajaan China sentiasa menyediakan pelbagai bantuan, antaranya termasuklah makanan dan ubat-ubatan kepada mereka.
Pasukan Tentera Pertahanan Myanmar dan Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA) bertempur di negeri Kachin baru-baru ini.
Kira-kira empat ribu penduduk tempatan telah melarikan diri ke China.
Terdapat laporan yang menyebut China menolak kemasukan pelarian tersebut.
Jurucakap Kedutaan Besar China berkata, pihaknya tidak menolak kemasukan pelarian tersebut dan sentiasa menyediakan bantuan kepada mereka.