Menurut Kedutaan Besar China di Myanmar, Kementerian Perdagangan China membantu Myanmar mendidik 759 tenaga kerja profesional pada tahun lalu.
Latihan tersebut melibatkan bidang pendidikan, kebudayaan, perubatan, ekonomi dan perdagangan.
Sejumlah pegawai kanan, termasuk beberapa menteri Myanmar telah mengikuti latihan di China.
Kerajaan baharu Myanmar memberikan perhatian yang serius dalam pembinaan keupayaan serta pendidikan vokasional.
Pada tahun 2016, Myanmar melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam bidang pendidikan.
Kedutaan Besar China telah memilih kira-kira 60 orang guru Myanmar untuk mengikuti latihan vokasional di China.
Langkah tersebut bertujuan untuk meningkatkan pertukaran antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan.