Cari:
Kedutaan China di Myanmar Adakan Jamuan TBC
2017-01-22 15:55:20 CRI Cetak

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang dan isteri telah mengadakan jamuan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) di kediaman mereka semalam.

Lebih 700 tetamu termasuk pegawai kanan Myanmar, serta wakil pertubuhan dalam kalangan rakyat, kaum Cina, perantau China, syarikat China dan pelajar China yang melanjutkan pelajaran di negara itu turut hadir bagi memeriahkan jamuan tersebut.

Hong ketika menyampaikan ucapan telah menyingkap kembali kejayaan hubungan kedua-dua negara dalam tempoh setahun yang lalu.

Menurut beliau, Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dan pemimpin lain telah mengadakan lawatan ke China pada tahun lalu.

Lawatan tersebut telah mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara.

China merupakan rakan dagang dan sumber pelaburan yang terbesar bagi Myanmar.

Hubungan antara kedua-dua negara semakin erat.

Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa, akrobatik, wusyu dan tarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China