Cari:
Pembinaan Hospital Bantuan China di Yangon Dimulakan
2017-02-22 14:47:44 CRI Cetak

Upacara meletakkan batu asas projek pembinaan bangunan baharu Hospital Wanita Daw Kyin Kyi yang dibina dengan bantuan Kedutaan Besar China di Myanmar diadakan di Yangon pagi semalam.

Isteri duta besar China ke Myanmar, Wang Xuehong dan beberapa pegawai Myanmar turut menghadiri upacara tersebut.

Wang Xuehong berkata, Hopital Wanita Daw Kyin Kyi yang baharu akan mempunyai kemudahan yang lengkap. Kerajaan China akan menyediakan latihan kepada doktor dan jururawat hospital itu.

Beliau menyatakan, kedutaan besar China sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup rakyat Myanmar.

Hospital itu akan menjadi simbol bagi persahabatan China-Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China