Cari:
China Bantu Myanmar Kembangkan Pendidikan Vokasional
2017-03-12 16:03:03 CRI Cetak

Sebagai negara membangun, permintaan pembangunan sosioekonomi di Myanmar semakin meningkat setelah pembaharuan demokrasi diadakan di negara itu pada tahun 2010. Bagaimanapun, kekurangan tenaga profesional menjadi masalah yang menjejaskan pembangunan di negara itu.

Pengerusi Persatuan Persahabatan Myanmar-China, U Sein Win Aung ketika diwawancara wartawan CRI baru-baru ini berkata, pihaknya sentiasa komited untuk mengembangkan pendidikan di Myanmar. Selain membantu lebih 120 orang pemuda dari keluarga yang miskin mengikuti pengajian di menara gading setiap tahun, persatuan itu berusaha meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang pendidikan.

Kumpulan pelajar pertama dari Myanmar yang terdiri daripada 87 orang telah diatur melanjutkan pelajaran di empat kolej vokasional di China pada tahun yang lalu. Kumpulan kedua yang terdiri daripada 85 orang pula telah dihantar ke China pada bulan yang lalu. Menurutnya, mengembangkan pendidikan vokasional merupakan salah satu cara yang amat baik untuk membantu golongan miskin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China