Cari:
Wang Yi Temui Setiausaha Luar Filipina
2017-09-22 14:27:37 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Alan Peter Cayetano ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Wang Yi berkata, hubungan antara China dengan Filipina menunjukkan perkembangan yang baik di bawah pimpinan pemimpin kedua-dua negara. Keadaan ini sesuai dengan kepentingan rakyat dan dialu-alukan oleh masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara ASEAN. China bersedia bersama-sama Filipina membincangkan cara yang sesuai untuk menjalankan penerokaan bersama di laut.

Cayetano pula berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan hubungan dengan China yang semakin baik dan kerjasama bilateral terus diperkasakan. Filipina mengucapkan terima kasih atas bantuan China, khususnya bantuan terhadap operasi antikeganasan di Marawi. Pihaknya bersedia mengukuhkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China