Cari:
China Puji Dasar Luar Filipina
2017-07-26 14:56:05 CRI Cetak

China memuji dasar luar bebas yang diamalkan Filipina, dan bersedia berusaha bersama-sama negara itu untuk mengembangkan hubungan dua hala.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam berkata, Presiden Rodrigo Duterte dalam perutusan negara di Kongres kelmarin membentangkan dasar luar yang mementingkan hubungan dan kerjasama yang menang-menang dengan pelbagai negara berdasarkan prinsip sama rata dan saling menghormati.

Sejak Duterte menyandang jawatan Presiden tahun lalu, kerajaan Filipina berusaha membaiki hubungan dengan China hingga kembali ke landasan yang betul.

Dalam tempoh setahun lalu, kerjasama antara kedua-dua negara mencapai hasil memuaskan, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah kondusif bagi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Tambah beliau, lawatan Menteri Luar China, Wang Yi ke Filipina kali ini akan terus memperkasakan hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China