Cari:
Masa Depan Hubungan Filipina-China Cerah
2017-03-20 14:42:14 CRI Cetak

Akhbar Philippine Daily Inquirer kelmarin menerbitkan rencana yang bertajuk "Masa Depan Hubungan Filipina-China Cerah".

Rencana itu memuji lawatan Naib Perdana Menteri China, Wang Yang ke Filipina pada minggu lepas. Lawatan tersebut pasti akan mencipta masa depan yang cerah bagi hubungan kedua-dua negara.

Rencana tersebut menyebut, setelah Presiden Rodrigo Duterte melawat ke China, pelbagai perjanjian kerjasama, yang dicapai antara kedua-dua negara, telah dilaksanakan satu persatu.

Kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak akan terus diperkasakan.

China akan membantu Filipina untuk membina pelbagai projek prasarana.

Langkah itu disambut baik oleh seluruh rakyat Filipina.

Lawatan Wang Yang kali ini bertujuan untuk melaksanakan perjanjian yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara agar mencapai kemajuan yang memberangsangkan.

Kerjasama muhibah Filipina-China benar-benar membawa manfaat kepada Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China