Cari:
China dan Filipina Tingkatkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan
2017-03-18 14:56:04 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang yang dalam rangka lawatan rasmi ke Filipina telah mengadakan rundingan dengan Menteri Kewangan Filipina, Carlos Dominguez dan kumpulan pengurusan ekonomi kabinet negara itu semalam.

Wang Yang berkata, China bersedia bersama-sama Filipina meningkatkan liberalisasi dan pemudahan perdagangan, meningkatkan skop perdagangan bilateral, dan menyempurnakan struktur perdagangan.

China akan menambah pelaburan di Filipina serta meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan, prasarana, pertanian, perikanan dan pelancongan.

China mengalu-alukan Filipina menyertai pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Menteri Kewangan Filipina, Carlos Dominguez berkata penggubalan Rancangan Pembangunan Enam Tahun Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Filipina-China menjadi panduan bagi kerjasama selanjutnya kedua-dua negara.

Filipina ialah negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini. Pihaknya menantikan ASEAN dan China memperkasakan hubungan rakan.

Tambah beliau, Filipina menyokong dan bersedia menyertai inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China