Cari:
Forum Kerjasama Ekonomi China-Filipina di Manila
2017-03-20 14:27:57 CRI Cetak

Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina telah diadakan di Manila kelmarin.

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang dalam ucapannya pada majlis perasmian forum itu berkata, China dan Filipina telah menjalinkan hubungan diplomatik selama 42 tahun.

Usaha kedua-dua negara untuk menjadi jiran, sahabat dan rakan seperjuangan yang baik adalah pilihan yang tepat.

China dan Filipina perlu memperkasakan kerjasama pragmatik demi kepentingan bersama serta menangani perselisihan melalui rundingan dan permuafakatan.

Beliau menggalakkan para usahawan kedua-dua negara merebut peluang yang baik pada ketika ini untuk meningkatkan hubungan kerjasama ke tahap yang lebih tinggi, luas dan mendalam demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Karnival Pelaburan dan Perdagangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) China-Filipina turut diadakan sempena forum tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China