Cari:
China Sedia Tingkatkan Kerjasama dengan Filipina
2017-06-30 15:08:56 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui rakan sejawatnya dari Filipina, Alan Peter Cayetano di Beijing semalam.

Dalam pertemuan itu, Wang Yi berkata bahawa hubungan antara China dengan Filipina berkembang dengan baik pada masa ini. Kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang amat berhasil.

Kedua-dua negara perlu terus menyimpulkan pengalaman serta melaksanakan pelbagai kata sepakat yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara untuk memperkasakan kerjasama dan menangani masalah berkaitan isu laut.

Beliau menegaskan, China bersedia meningkatkan kerjasama pragmatik dengan Filipina dalam bidang antidadah, pembinaan prasarana, ekonomi dan perdagangan, pelaburan, pertanian, perikanan dan pembasmian kemiskinan agar mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China