Hubungan rapat dengan China, sebagaimana yang dihasratkan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memenuhi kepentingan asas rakyat dan negaranya.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam sidang media yang diadakan sesudah menemui rakan sejawatnya dari Filipina, Alan Peter Cayetano di Beijing semalam.
Menurutnya, Presiden Duterte mengamalkan dasar luar yang bebas. Beliau sedang memimpin Filipina menempuh jalan yang tepat dan sesuai dengan keperluan rakyat dan keadaan semasa negara.
Tambah beliau, rakyat China sentiasa bersedia untuk mengharungi bersama segala cabaran dan kesukaran yang dialami Filipina, dengan semangat kejiranan dan kerjasama muhibah.